Ramai wanita di Malaysia masih keliru dengan mengatakan ketumbuhan di payudara adalah kanser payudara. Bukan semua ketumbuhan di payudara adalah dari sel kanser, ada beberapa sebab lain jika berlaku ketulan atau benjolan pada payudara.

Memang tak dinafikan perasaan takut dan terbayang akan kanser jika mengetahui terdapat ketulan atau benjolan di payudara, namun kita perlu cepat berjumpa doktor untuk memastikannya.

Jika sudah pasti ketulan itu bukan dari sel kanser, perlulah ikhtiar untuk buang ketulan tersebut, dikhuatiri lama-kelamaan ketulan di dalam payudara akan menjadi penyebab kanser pula.

5-Jenis-Penyakit-Ketumbuhan-Ketulan-Benjolan-Di-Payudara-Kanser-Vivix

Fakta Kanser payudara paling kerap menyerang wanita di Malaysia!

Barah atau kanser payudara sangat sinonim dengan rakyat di Malaysia terutama di kalangan wanita. Kita selalu dengar tentang kes kanser payudara dan banyak kempen kesedaran tentang kanser payudara telah dibuat di Malaysia.

Nah kami kongsikan fakta dari keratan artikel ‘Wanita paling ramai derita kanser’ yang disiarkan di akhbar Harian Metro bertarikh 4 April 2016. Statistik menunjukkan daripada 19,000 rakyat Malaysia yang menghidap kanser, 10,250 daripadanya adalah wanita. Dan paling mengejutkan kanser yang paling kerap menyerang adalah kanser payudara!

cegah-kanser-ketumbuhan-di-payudara-dengan-cepat
Keratan artikel ‘Wanita paling ramai derita kanser’ Harian Metro, 4 April 2016

5 Jenis Penyakit dan Ketumbuhan (Ketulan atau Benjolan) Di Payudara

Di sini saya kongsikan 5 jenis penyakit dan ketumbuhan sama ada ketulan atau benjolan di payudara yang sering menhantui wanita di Malaysia.

  • Fibroadenoma – Sejenis ketumbuhan yang bukan kanser akibat pengumpulan tisu-tisu payudara. Ketulan jenis ni mempunyai bentuk yang sekata, seperti bentuk guli. Namun, daripada ketulan sahaja, mungkin tak dapat bezakan daripada ketulan akibat kanser. Jika seseorang itu ada faktor risiko penyebab kanser, adalah lebih baik buat pemeriksaan lebih lanjut.

Anda boleh baca pengalaman seorang wanita yang mengalami ketumbuhan dari sel bukan kanser dan akhirnya bebas dengan ikhtiar beliau di sini Ketumbuhan Di Payudara Hilang Setelah 3 Minggu, Wanita Ini Kongsikan Pengalaman dan Ikhtiar.

  • Penyakit Fibrosistik Payudara – Merupakan ketumbuhan yang bukan kanser yang berubah-ubah mengikut kitaran haid. Terdapat 2 jenis ketulan iaitu ketulan daripada tisu ataupun ‘cyst’ yang mengandungi air.
  • Galactocele (Bengkak Susu) – Benjolan yang terjadi dikalangan ibu-ibu yang menyusukan anak apabila payudara tak dikosongkan dalam satu tempoh tertentu.
  • ‘Cyst’ Payudara – Benjolan lembut yang mengandungi air dan bukan sejenis kanser. Boleh ditemui pada semua peringkat umur wanita.
  • Kanser Payudara – Benjolan yang selalunya tak sakit. Pada peringkat awal mungkin tak ada beza dengan ketulan lain. Tapi ketulan kanser, biasanya bentuknya tak sekata, mungkin melekat pada tisu. Saiznya mungkin membesar dengan cepat. Apabila dah merebak ke kulit, mungkin kulit boleh berubah menjadi kemerahan, kelihatan tegang atau tertarik seperti lesung pipit dan boleh jadi seperti buah oren. Benjolan disebabkan kanser biasanya keras yang kekal atau semakin membesar dan tidak berkaitan dengan kitaran haid atau terjadi kepada wanita yang sudah menopaus.

Saya berharap dengan artikel ini dapat memberi manfaat kepada anda dan merungkai kegusaran anda. Saya berharap agar semua wanita di Malaysia sentiasa berwaspada dan membuat pemerikasaan awal jika berasa ada ketulan di payudara.

 

5 Jenis Penyakit dan Ketumbuhan (Ketulan atau Benjolan) Di Payudara
Tagged on:     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge